Friday, October 20, 2023

Here is the pain!!

 

Here is the pain!!

Hampir lebih 7 dekad kami rakyat Palestina dizalimi Zionist Israel, Hari ini dengan nekadnya mereka akan membunuh kami dan hapuskan kami dan bangsa kami, Namun biarlah kami dituduh dengan pelbagai fitnah, kerana melawan rejim, 

KAMI TIDAK TAKUT, KAMI TIDAK GENTAR DENGAN ZIONIST JUGA AMERIKA DAN EROPAH, KAMI AKAN TERUS MELAWAN KERANA KAMI ADA ALLAH RABBUL JALIL . KENAPA HARUS TAKUT DEMI KEBENARAN, MENGAPA ORANG MUKMIN LEBIH TAKUT KEPADA  ZIONIST  ISRAEL DAN AMERIKA. KITA ADALAH MUSLIM, HANYA ALLAH RABBUL JALIL YANG PALING KITA TAKUT.

 

Inilah benteng atau dinding pemisah. Yang mengasingkan warga Palestina dengan Puak Zionist pendatang Yahudi. Tembok ini memisahkan kami dari kebun kami yang  terletak dibahagian luar tembok. Inilah salah satu cara kotor Zionist Yahudi merampas tanah2 milik kami, untuk diberikan kepada Yahudi pendatang , Zalim dan amat keji bangsa ini. 

Aku sudah tua, inilah sisa tanah milik ku, yang aku usahakan sejak masih muda, berkahwin dan berkeluarga. Anak2 lelaki semuanya sudah syahid menentang tentera Yahudi yang sedikit pun tidak ada rasa kasihan terhadap kami.

Dulu aku ada tanah yang ditanam dengan pohon2 zaitun yang telah berbuah dan dijadikan hasil untuk dijual dipasar2 kecil sekitar Hebron. Kini hanya tanah ini yang kami ada, Tanah yang ditanam buah Zaitun tidak lagi dapat di usahakan., kerana tanah itu terletak dibahagian yang dipisahkan olih tembok tinggi yang didirikan penjajah Zionist. Tanah itu telah pun di rampas dan kini dimilki pendatang Zionist Yahudi dari Eropah.
Tiada lagi tanah untuk kami kerjakan buat menampung kehidupan dihari tua, Isteri ku telah lama meninggal disebabkan oleh penyakit lelahnya. Mana kami mampu berubat tanpa pendapatan yang tidak menentu.

No comments:

Post a Comment