Saturday, December 9, 2023

Palestina, Dunia Telah Membuka Mata .

Muslim itu bersaudara, banyak sekali ayat-ayat Al Quran tentang wajibnya kita bersaudara dan saling menyayangi juga tolong menolong. Mungkin kita yang duduk jauh dari arena kezaliman abad ini, tetaplah ada rasa simpati, yang menimpa saudara kita disana. Apa pun alasan yang berikan oleh golongan munafiqun dan puak liberal dan sekular totok. Kita yang Muslimin lagi Mukminin jangan terpedaya dengan kata2 sinis dan ocehan menghina saudara seagama. Itulah ada negara Islam didunia langsung tidak mahu ambil cakna dengan derita Palestina. Apapun kata-kata di kalangan Muslimin yang mengatakan ini adalah krisis "Geo Politik" bukan Agama. Entiti yang sedang di bom dan ingin dimusnahkan ada Palestina yang rata2 beragama Islam. Suara sekular dikalangan umat Muslim yang tegar mengatakan Islam dan Politik tidak bolih disamakan.. "Politik lain Agama lain" itulah sekuralisme yang sudah jauh terbenam akar pemahaman songsang Nasrani dan Yahudi. bila mula zaman "Revolusi Industri Di Eropah"

 Eropah yang telah menempuh zaman kegelapan tanpa apa kemajuan dan tamaddun dikawal Gereja. Maka berlakulah Revolusi Industri di Eropah bagi menyingkirkan  Gereja (Agama) dari pemerintahan yang kini kononnya di labelkan sebagai "Sekular". Mereka kafir-kafir ini cuba memainkan narratif yang sama terhadap negara2 Islam. Maka tidak lah menjadi satu keheranan bila ada orang2 Islam lebih menyanjung sekularisme dari syariah Islam itu sendiri. Malah bukan sahaja Ideologi Sekularisme menjadi ikutan hampir semua negara Islam. Yang paling menyedihkana ada diantara kalangan Cendiakawan Islam condong dengan fahaman ini. Kemudian dunia disogokan fahaman liberalisma bagi merosakan pemikiran Umat Islam yang menjadi sasaran utama para kafir dan setan atau penyembah dajjal dibawah usaha kelompok kafir Harbi, Zionista USA, white supremacist dan orang Islam yang kurang faham tentang Islam. Maka kini hasrat dunia barat di bawah kungkungan Zionistusa telah pun berjaya mempengaruhi negara2 Islam dengan budaya yang paling dibenci Oleh Allah Rabbul Jalil.. Budaya Hedonisms, Budaya LGBTq+R semakin kuat mencabar dan cuba pengaruhi umat Islam.

Seolah-olah perlakuan Umat Nabi Luth, seperti tiada apa-apa kepada kalangan munafiqun dan sekular dan liberal.

Tulus, saya pohon kepada yang telah bersyahadah, kunjungilah rumah Allah bersolat Jemaah baik Masjid atau Surau. Tadahlah kitab2 mutawatir, agar pemahaman kita kepada Islam biar benar dan betul. Bacalah Al Quran, tadabbur lah ambil ibrah-ibrah kebenaran dari Qalam Allah dan RasulNYa. Kepada yang punya anak-anak didiklah mereka sebaik mungkin. 
Amat menyedihkan keadaan umat Islam Hari Ini.








No comments:

Post a Comment